Ustaz kata habiskan makanan dalam pinggan

Tips ajar anak habiskan makanan. 



(gambar hiasan dari google )



1. Belajar masak cukup-cukup sahaja.
Memang ramai ibu yang ada masalah untuk budgetkan masakan mereka. terutama kalau keluarga kecil. Tapi cubalah untuk masak ikut kadar kuantiti dalam keluarga, kalau bertiga saja jangan lah kuantiti masakannya untuk 10 orang. Tapi kalau dah terlebih masak dan niat nak bagi jiran tetangga alangkah murni dan berpahalanya wahai ibu-ibu. Masakan yang cukup-cukup akan mengelakkan pembaziran. 

2. Letakkan portion yang kecil dan mengenyangkan untuk anak-anak. Cuba deal dengan mereka tentang kuantiti makanan yang mereka mampu habiskan. terkurang tak apa, boleh ditambah, asalkan jangan terlebih yang membuatkan anak-anak tak mampu nak habiskan makanan. Maka jadilah pembaziran. Kecuali ibu bapa sanggup menghabiskan sisa anak-anak. Isnyallahh berkat untuk suapan terakhir, dan dapat mengelakkan pembaziran. kan kan kan??

3. Ceritakan kepada mereka kenapa perlu habiskan makanan.
Bila mereka ada ura-ura nak bazirkan makanan, ceritakanlah kemiskinan atau lebih terkesan lagi, tunjukkan lah gambar kanak-kanak lain yang tidak cukup makan, supaya mereka lebih faham ada yang tidak dapat makan dan mereka akan lebih menghargai apa saja yang mereka ada. kalau dapat masukkan hadis-hadis agama lebih baik ya.. 

4. Kalau makan diluar sekali sekala Ibu dan ayah berkorban la sedikit selera masing-masing ye? tengok anak-anak nak makan apa? jangan terlalu ikutkan nafsu masa mengorder. habis semua menu dikedai nak di'try'nya. satu menu untuk satu kepala. sudahnya makan sikit-sikit saja. Masyallahhh yang ini selalu diperhatikan di kedai-kedai makan. Tak percaya? cuba korang perhatikan nanti.

5. Ibu ayah adalah contoh terbaik untuk anak-anak ikuti. seboleh-bolehnya ibu ayah pun kena pastikan makanan dihabiskan. tunjuk bukti. '' ayah dah habiskan, adik pun kena habiskan '' atau '' ibu dan kenyang sebab habiskan makanan ibu, jadi abang pun makan sampai habis ye? '' tapi ibu ayah pastikanlah portian yang diberi itu memang portion untuk kanak-kanak, sesuai usia mereka.


Jadi ibu bapa memang kena banyak belajar dan mengajar. Semoga ibu bapa semua istiqomah dan sentiasa terbuka dalam mendidik anak-anak masing. jadikan contoh terbaik buat anak-anak dan masyarakat semua. Insyallah.. semoga Allah permudahkan.

Comments

Popular Posts