Steamboat paling best di Kuantan 2017 - mesti cuba





Aku memang peminat tegar steamboat dan Grill. Mana mana tempat yang aku tahu menyediakan steamboat dan grill, maka pakatan bersama suami dan anak-anak harus sampai ke kedai tersebut.


So, Aku senaraikan dulu kedai yang aku pernah lawati, Review detail aku akan buat kemudian memandangkan bahan untuk ditepek dalam blog masih belum cukup jadi aku menggunakan sumber rujukan google/Fb pemilik kedai untuk dipinjamkan ke sini.

Review adalah mengikut ranking selera tekak aku.

KLIK LINK UNTUK TERUS KEPADA FB MEREKA.


1. Angah BBQ steamboat  Lebih sepuluh kali dah makan kat sini, tapi setiap kali pergi memang tidak pernah mengecewakan aku. dari segi tempat makan, rasa perapan, dan kesegaran makanan laut, sangat konsisten. Sebab tu menjadi ranking pertama pilihan kami sekeluarga. Harga yang aku rasa murah berbanding tempat lain, sebab.. bahan-bahan grillnya bersaiz lebih besar dari kedai lain walaupun menawarkan harga yang lebih kurang sama. Seriously setakat ini tetap menjadi yang terbaik walaupun terpaksa curang hanya sebab nak mencuba tempat baru.


2. Aniq Steamboat  Kalau dikira sepanjang tahun ini maunya lebih 5 kali kot makan kat aniq, Aniq antara steamboat pertama yang dibuka di Kuantan, Makanan dan perapannya memang ada rasa yang sedap, pilihan steamboat dan makanan laut pun banyak. part paling aku suka di Aniq ialah dia bagi air bergas FREE, barulah syiokkk makan grill. dia punya sendawa kasi lega perut.

Satu saja kelemahan Aniq yang aku masih tak dapat nak tahan sampai sekarang. Tempat makan memang tak selesa. PANAS, berasap, lemas, korang tak kan mampu lepak lama untuk makan sampai kenyang. Disebabkan makanannya sedap, jadi aku selalu tak puas hati sebab tak dapat duduk lama. Ditambah lagi budak berdua tu start bising.. Panas la ibu.. Asap la ibu. Stress baq hangggg...


3. Serai Thai 2 Kitchen Pertama kali makan awal October 2017 hari tu sempena farewall rakan sekerja, memang terbaik. dan telah menjadi ranking pertama pilihan kami sekeluarga. Namun baru dua hari lepas kami singgah makan lagi kali kedua sempena Anniversary kami. Kecewanya, Allah yang tau, mana tidak hari yang kami rasakan special dihidangkan dengan makanan yang jauh beza dari pertama kali yang kami cuba dulu. Aku membayangkan dihari yang istimewa itu makanan turut istimewa. alangkah kecewa perapan grill, sup, steamboat, semuanya tidak konsisten.

Tapi, Disini Aiskrimnya menarik, macam-macam pilihan, dan sedap. anak-anak memang suka.


4. Kebabom Steamboat  pun dua kali dah makan kat sini. pertama kali biasa-biasa saja. pilihan steamboat tak banyak, sayur-sayuran dia tak segar dan presentable macam Angah/aniq. Dari segi Grill, perapan dia, aku masih boleh makan,

Istimewa kat sini pada aku, SEAFOOD dia memang sangat segar. aku pernah ratah 20 ekor udang disebabkan kecewa dengan perapan grill. Anak-anak pun suka sebab aiskrim ada 2 ke 3 pilihan. Tempat juga selesa. boleh makan diluar kedai. Cuma aku baru cuba KEBABOM sebab baru rasa berani. Mana tidaknya tong gas hijau dia letak bawah meja.


5. Eascoast Steamboat ( Jalan Beserah ) yang ni sempat pergi sekali saja. Diwar-warkan tempat dan makan yang banyak pilihan ..aku teringin kambing kat sini..serta rasa yang lebih sedap memandangkan harganya lebih mahal. Tapi sekali makan, kecewa. Grill tak banyak pilihan, aiskrim tak de, steamboat tak segar, pendek kata mungkin rezki tiada untuk kami hari tu.

walaupun tempat selesa tapi, kalau pilihan meja korang diluar, korang akan terganggu dengan bauan kurang enak dari longkang berdekatan.


6. Almira Steamboat Cheese Tempat terbawah setakat ini. Asalnya Almira menawarkan Steamboat cheese yang tiada kat tempat lain. Sebab tu la aku sepakat nak mencuba, pertama kali makan rasanya biasa-biasa saja. pilihan steamboat terhad. Spesialnya Almira ada pada cheesenya saja. perapannya sangat tidak sesuai dengan selera kami. atau mungkin kami yang tak pandai mengolah cara untuk makan disitu.

Suasana tempat makan sangat selesa, memang tak panas. Staff memberikan layanan yang terbaik.


7. Sabor Steamboat  tempat ni aku tak boleh nak review dari segi rasa makanan. Sebab masa aku singgah nak makan dan tengok pilihan makanan dia. aku keluar balik cari kedai lain. sebab pada aku dengan bayaran yang ditawarkan hari tu aku rasa Angah lagi berbaloi. Mungkin sebab cara diaorang present makanan tu dalam mangkuk. so Nampak kecik, dan.. menyebabkan aku tak jadi makan kat situ.

Tapi keadaan tempat makan Nampak selesa. ruang kedai yang luas dan teratur, owner kedai pun baik hati, sebab dia tak marah pun aku tengok-tengok je makanan kedai dia.


8. Sri Affa Steamboat - Restoran ni lah yang memperkenalkan steamboat kat kitorang. tapi sekarang tak tau la kedai ni dah tutup ke?



WISH LIST

Seoul Garden  Insyallah, hujung bulan nanti aku plan nak ke sini. memang dah lama craving nak makan kat sini.





Comments

Popular Posts