Tips Kejutkan anak lelaki bangun dari tidur

Kejutkan anak bangun dari tidur waktu pagi terutamanya selalu menjadi masalah buat ibu bapa yang mengejar masa untuk bekerja. Selalu kita dengan ibu bapa mengeluh anak-anak mereka terutama anak lelaki, liat untuk bangun. 

Aku ada dua anak lelaki setakat ini, Alhamdulillah syukur Allah selalu permudahkan urusan dalam mendidik anak-anak. Berkat doa dan sikap selalu ingin belajar ilmu parenting membuatkan kami suami isteri sentiasa mempelajari ilmu yang baru. 

Kali ini aku kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk ibu bapa yang diluar sana.
Kenapa aku bagi tajuk kat atas tu Tips untuk anak lelaki?

Sebab aku belajar anak lelaki dan anak perempuan lain cara didikan dan penerimaannya. lain anak lain perangainya. Jadi menjadi ibu dan bapa bukanlah perkara yang mudah. kena selalu bereksperimen dan sentiasa belajar mencari tips. Perlu kita ingat ilmu parenting ini luas dan tak pernah habis.

Sumber gambar : Google 


TIPS KEJUTKAN ANAK LELAKI BANGUN DARI TIDUR.

1. Kejutkan dia awal 5 ke10 minit dari waktu yang sepatutnya dia bangun. Contoh: Waktu sepatut dia bangun jam 6.30. Ibu bapa kejutkanlah dia 6.20 minit pagi. Panggil dengan kasih sayang. Kalau masih tak bangun tepuk-tepuk lembut badan dia. Bila dia dah mula sedar bagitahu dia kenapa dia perlu bangun. ( contoh : '' Shaakir, bangun sayang, hari ni shaakir sekolah. '' ) 

2. Bagi masa tambahan untuk dia rehat - Selalu masalah yang dihadapi untuk anak yang jenis dah sedar, tapi liat lagi nak bangun. dengan alasan. mengantuk, nak rehat, penat lagi, dan macam-macam alasan. Ibu bapa kena lebihkan sabar. caranya. bagi dia masa . kita kan dah kejutkan dia lebih awal tadi? So, benarkan dia rehat beberapa minit. Contoh ( '' Ibu bagi shaakir rehat 5 minit. kejap lagi ibu panggil shaakir bangun. '' ) Masa ni ibu bapa buatlah kerja yang patut.

3. Pastikan dia bangun dari tidur- Panggilan kedua ni kita nak pastikan dia bangun dari tidur, jadi kita kena disiplinkan dia untuk bangun juga. untuk permulaan memang agak mencabar, masa ni baru kita gunakan nada yang tegas. contoh ( Shaakir, bangun, masa 5 minit dah habis. ) Insyallah tadi dia dah janji dengan kasih sayang pada ibu bapa. maka dia akan bangun dengan rela hati.

4. Tambahan masa kesian - Cara ini untuk anak-anak yang  mungkin tidurnya terlebih lewat malam tadi, atau kepenatan beraktiviti. walaupun kita dah bagi masa rehat pertama tadi 5 minit, tapi dia agak liat. Anak-anak kita ni bijak, kalau kita dah selalu guna teknik ini, diorg akan lebih advance pada kita. kita bagi 5 minit dia akan minta 6 minit atau 10 minit. hal ini terpulang pada nilai kesian ibu bapa. jangan bimbang tadikan kita kejutkan dia lebih awal, jadi masih ada masa untuk dia bersiap, Maka ibu bapa buatlah keputusan yang terbaik. Cuma perlu diingatkan teknik ini adalah teknik untuk mendisiplinkan mereka.Sekali sekala boleh nak gunakan masa tambahan kesian ini.

5. Tetapkan waktu mereka bangun tidur. - Terutama untuk hari hari sekolah, Selalunya kalau anak-anak yang baru masuk ke alam sekolah. beritahu mereka waktu yang mana mereka kena bangun dari tidur untuk bersiap ke sekolah, walaupun kadang-kadang mereka masih tidak tahu menggunakan jam. Tapi percayalah minda dan otak kanak-kanak sangat hebat memproses maklumat. Masyallah.. Terangkan kepada mereka kenapa mereka kena bangun awal. relatedkan dengan keagamaan. Contoh ( Shaakir, Kena bangun awal pagi supaya tak lewat ke sekolah, lagipun bangun awal pagi kena solat subuh, kat sekolah kan mualimah ajar solat? abang kan dah pandai solat? ) bagi maklumat yang tepat pada mereka. Tips bagi maklumat ini pun aku baru belajar. Sebelum ni selalu ingat kalau kita terang panjang lebar kat anak bukan dia faham pun?  SALAH! banyakkan bagi maklumat untuk anak kita. Isnyallah mereka mampu memprosesnya, kalau tidak sekarang, masa akan datang. Isnyallahhh.


Setakat ni dulu tips yang aku boleh kongsikan berasama, banyak lagi ilmu yang aku pelajari yang nak dikongsikan berasama orang lain dengan harapan semoga boleh memberi manfaat kedapa orang lain juga.

Jangan putus asa kalau tips yang aku kongsikan ini tidak berjaya untuk anak korang. Ingat satu perkara lain anak lain caranya. tidak perlu membanding. ibu bapa kena berusaha lebih lagi untuk mencari cara untuk mendidik. bukan untuk anak orang lain.. untuk anak kita sendiri sekurang-kurangnya. Semoga kita sentiasa istiqomah dan menjadi ibu bapa yang lebih baik dari semalam..
Aamin.




Comments

Popular Posts