Hukum main Duit Kutu

Tentu dikalangan kita ramai yang terlibat dengan permainan kutu ini. Aku tak terkecuali. Selalunya orang akan gunakan duit kutu sebagai simpanan. tak kira lah berapa pun jumlahnya.

mungkin dek kerana paksa rela untuk memberikan komitmen kepada penyimpanan. Ada sesetengah orang akan kata " alahai simpan sendiri pun boleh! " okeh.. itu dia. Bagi aku kalau kau tekad dan istiqomah, Isnyallahh berjaya. 

Kenapa aku teruskan dengan kumpulan kutu?

Sebab.

1. Aku memang perlukan duit ini setiap tahun untuk bayar roadtax plus duit shoping untuk rewads diri. laki aku yang bagi

2. Aku faham kadang-kadang ada kawan yang sangat memerlukan teknik berhutang seperti ini terutama bila mana mereka menghadapi kecemasan yang memerlukan duit. asalnya tertubuhnya kumpulan kutu ini adalah kerana bapak kutu kitorang memang memerlukan duit waktu itu, jadi idea bernas dia lah yang  membuatkan kami maintain sampai sekarang. tak susah hati dah memikirkan nak bayar road tax.

3. Kalau nak simpan sendiri mesti tak dapat jumlah yang seperti main kutu. aku dah cuba, bertahun masih tak dapat nak isitiqomah. kalau dah simpan sendiri guna sendiri. perasaan nak mengelat tu lebih. hahahahha.. lainlah kalau orang yang simpankan

Ada satu ketika dulu diwar-warkan main kutu ni haram. selidik punya selidik adalah kerana tiada akad dalam permainan kutu. Jom dengan apa kata Ustaz : 


Aku rasa apa yang UAI terangkan sudah jelas dan mudah faham.

kalau rajin lagi boleh klik link bawah ni. penjelasan dari laman web rasmi mufti.




Jom lah kita sama-sama menjalankan ibadah yang halal dan memberi berkat dalam hidup kita. Mana yang lepas kita mohon ampun dengan Allah. Mana yang kita sudah maklum, jom lah sama-sama muhasabah dan cuba berubah.


Semoga kita sentiasa menjadi insan yang lebih baik untuk masa akan datang. Insyallahhhh AAminnn




Comments

Popular Posts